STRUGGLE BERTAHUN NAK PULIHKAN MUKA BREAKOUT BERJERAWAT BATU, DATANG PULAK BINTIK HITAM DEKAT MUKA!- IKUTI KISAH WANITA INI TAMATKAN DERITA ITU

Dulu breakout teruk, jerawat besar2 batu, boleh nampak siap ada bintik2 hitam tompok macam jeragat, lepas 33 hari hnya pakai secalit lipstik tanpa pakai any foundation.

Tergerak hati nak menulis hari ni sebab pagi tadi scroll tiktok nampak sorang adik ni video dia viral sebab putus tunang. Tunang “geli” tengok muka asyik breakout setiap bulan! Its okay dik, awak tak keseorangan, akak pun hadap benda yang sama macm awak. Cuma bezanya, ni cara akak fight masalah skin akak 👇👇

Nama saya Puteri

Saya dah bekerja, bukan student lagi ya. Tapi masalah breakout saya ni dah lama sangat sejak dari saya belajar lagi (student). Tolong bayangkan bertahun saya hadap masalah saya sehingga masuk ke alam pekerjaan. Umur dirahsiakan sbb tak elok share umur kita kan. Saya just nak share pengalaman dan cara saya supaya “sahabat” yang senasib dengan saya pun dapat bebas dan hidup dengan konfident seperti saya skrg, alhamdulillah..

Jerawat batu sampai bernanah tu dah menjadi perkara biasa utk saya. Tambahan pulak bila datang bulan, lagi terukk bernanah. Saya hanya akan pakai bedak sejuk untuk keringkan nanah dan luka akibat tangan gatal saya picit jerawat2 tu.

Yang buat lagi down, bila bintik hitam mcm jeragat pulak naik dekat pipi!

Maaf gambar agak sensetif.

Saya yang dulu kalau nak keluar rumah tak perlu touch up wajah tebal pun.
Dulu, just sarung tudung, kadang-kadang tak perlu bedak pon dah setel dan keluar.
Tapi time tu rasa hilang semangat hidup sekejap. Sampai tak nak keluar rumah.

Pergi ofis sampai segan dengan kawan-kawan dan boss. Sampai terpaksa pakai mask nak cover habis jerawat dengan parut ciken pox ni haa.. Seksanya lalui kerja harian. Setiap kali masuk kerja je mesti rasa nak balik cepat. Memang tengok jam je sepanjang masa, serius malu!

Paling buat saya tekad nak sembuhkan muka saya bila…

Satu hari saya dapat tawaran interview kerja yang saya idamkan, yang memang saya berharap dah lama untuk bekerja di company tersebut.

Waktu giliran saya di interview oleh dua orang panel, panel tersebut minta saya buka mask ketika sesi soal jawab. Tergamam bila soalan pertama yang keluar dari mulut dorang ialah “kenapa dalam gambar lain, depan2 lain? Kenapa dengan skin u..”

Luluh hati bila terpaksa explain kondisi skin saya yang sama sekali tiada kena mengena dengan jawatan kerja tu. Lepas dari tu, saya perasan dorang macam nak tak nak je tanya soalan pada saya. Panel-panel tu betul2 tunjuk yang dorang hilang minat untuk interview saya.

Sangkaan saya tepat bila dipenghujung interview, panel tersebut minta maaf dan bagitau yang mereka tak dapat nak pilih saya utk bekerja disitu sebab kan kondisi kulit muka saya. Katanya nanti risau client tak selesa. ‘Takkan awak nak pakai mask sepanjang masa bila berhadapan client?”.

Ye sedih, tapi actually, itulah hakikat sebenar yang saya perlu terima. Betul lah, macam mana saya nak client confident dengan saya kalau saya sendiri tak konfident dengan diri, takkan sepanjang kerja saya nak pakai mask je.

Menyorok dengan mask je

Hati perempuan mana tak koyak weh kalau korang dengar benda macam ni.
Hilang keyakinan diri saya. Saya akhirnya terima dengan positif dan anggap tiada rezeki saya kerja di situ.

Bukan tak cuba, dah cuba macam-macam.
Skincare? Dah beratus duit habis.

Sebelum ni mak saya rebus tempek daun tradisional
macam-macam kat wajah saya, tapi tak jadi jugak.

Dan saya ambil hikmah dari kejadiaan tu, disebabkan dorang, saya tekad utk cari kaedah, cara, petua, utk sembuhkan balik muka saya!

Apa Yang Saya Buat?

Pagi2 saya dah beratur di Klinik kulit di sungai petani. Saya dah set appointment dengan doc di situ untuk dapatkan pemeriksaan lanjut mengenai skin saya.

Saya bersyukur ditemukan dengan doc yang sangat baik dan ikhlas bantu saya. Kata doc kulit di situ, kulit saya ada jangkitan bakteria.

Masalah jangkitan bakteria

Jangkitan bakteria tu dikenali dengan nama Propionibacterium acnes.

Ini adalah salah satu bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit. Sumber makanannya ialah sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Orang yang mempunyai masalah jerawat biasanya mempunyai lebih banyak bakteria ini pada kulit mereka.

SEBAB TU! berhati-hati semasa menyentuh jerawat sebab bakteria tu boleh berjangkit kat bahagian lain. Doctor tu siap pesan utk lebih peka dengan keadaan sekeliling yang ada risiko punca jerawat, elakkan pakai tudung yang sama berulang kali dan juga basuh cadar dengan kerap. 

Kulit saya pulak menghasilkan lebihan minyak yg bnyak

Korang tengok sikit jumlah minyak yang terhasil dari kulit saya. Memang bnyak!

Sebab tu jugak lah, kulit saya terlalu mudah tersumbat, senang jadi nanah dan sekarang bintik hitam pulak naikk bnyak disebabkan selalu terdedah dengan terik matahari.

Nak tahu macam mana cara doctor ajar saya rawat jerawat batu dan bintik hitam saya tu?

Good news!
Saya temui caranya!

Tekan sini untuk sambungan PART 2